Isnin, 7 Jun 2010

Penubuhan Alumni Pelajar KSPK & PKPG

Pada 22 Mei 2010 (Sabtu), jam 2.00 petang, bertempat di Restoran Regency Darulaman Golf Resort, Jitra, Kedah, Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, IPG Kampus Perlis telah menganjurkan Jamuan Perpisahan (tertutup) Persaraan Pensyarah Kanan Jabatan Bimbingan dan Kaunseling IPG Kampus Perlis Dr Kamaruzzaman bin Jalaluddin.

Majlis telah dihadiri oleh seramai 70 orang terdiri daripada pensyarah-pensyarah Jabatan Bimbinngan dan Kaunseling, rakan-rakan terdekat Dr Kamaruzzaman dan guru-guru yang telah mengikuti program Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) dan Program Khas Pengsiswazahan Guru (PKPG)Bimbingan dan Kaunseling seawal tahun 1992 hingga 2009

Sebagai menghargai jasa dan ketokohan Dr Kamaruzzaman di bidang Bimbingan dan Kaunseling yang juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Bimbingan dan Kaunseling IPDA, khususnya sebagai perintis Teori Kaunseling Bina Jiwa (KBJ), Jabatan Bimbingan dan Kaunseling IPG Perlis mencadangkan penubuhan Alumni Pelajar KSPK dan PKPG Bimbingan dan Kaunseling IPG Perlis. Dr Kamaruzzaman telah bersetuju dalam ucapan perpisahannya dilantik sebagai Penasihat kepada alumni tersebut.

Dalam agenda Jamuan Perpisahan ini telah diadakan terlebih dahulu mesyuarat penubuhan alumni. Guru-guru yang telah dipilih untuk menerajui Jawatankuasa Alumni Pelajar-Pelajar KSPK dan PKPG Bimbingan dan Kaunseling IPG Kampus Perlis adalah seperti berikut:
Penaung: Tuan Pengarah IPG Kampus Perlis
Penasihat: Dr Kamaruzzaman bin Jalaluddin

Pengerusi: Tn Hj Hamdan bin Ayob (PKPG 1992)
Pen. Pengerusi: En Nahrawi (KSPK 2008)

Setiausaha: Pn Norhafizah bt Mahmud (KSPK 2008)
Pen. Seriausaha: Pn Siti Norhasidah bt Mohd Yusuf (KSPK 2009)

Bendahari: En Mohd Faizal bin Mohd Isa (KSPK 2008).

Adalah diharapkan alumni ini akan bergerak aktif untuk memantapkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling khususnya dalam menjana jati diri kaunselor. Kaunselor berjaya menjalankan peranannya selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

Kepada guru-guru yang pernah mengikuti program KSPK dan PKPG IPG Kampus Perlis, berminat untuk menyertai Alumni ini, sila hubungi talian 0194274302 (Cikgu Siti) atau 0195738765 (Pn Jesma).

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan